Pages

Wednesday, March 11, 2015


Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) membuktikan kaedah kesihatan melalui berbekam selamat, berkesan, bersih dan dapat mencegah pelbagai jenis penyakit.

Berbekam bukan sahaja amalan sunnah tetapi dapat mencegah penyakit kronik berdasarkan kajian saintifik yang dilakukan oleh Prof Dr Ab Aziz Al-Safi selama dua tahun.

Kajian tersebut memberi hasil yang menunjukkan indikator terhadap pelbagai penyakit dengan mengurangkan kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

“Paling penting, saluran darah menjadi lebih anjal yang boleh mengelak serangan penyakit jantung, sekali gus menghindar daripada strok, juga baik untuk buah pinggang dan gout,” ujar beliau di dalam satu majlis Disember 2014 yang lalu.

No comments:

Post a Comment