Gaya hidup yang kurang sihat boleh mendedahkan diri kita kepada pelbagai penyakit. Pemakanan juga diantara penyumbang ke arah itu. Makanan yang kita makan hari-hari menyebabkan pengumpulan toksin di dalam badan. Toksin berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
1) STRESS DAN SAKIT-SAKIT BADAN
Berbekam darah adalah rawatan yang dapat menyegarkan tubuh badan kita dari stress dan kelesuan. Digalakkan berbekam seminggu sekali sekiranya kita berasa stress dan kelesuan. Berbekam dapat mengeluarkan darah kotor atau toksin yang terkumpul di bawah permukaan kulit, terhasil daripada permakanan seharian kita yang mungkin tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya melalui sistem perkumuhan. Secara tidak langsung pembekaman dapat melancarkan kembali sistem pengaliran darah dan mengembalikan fungsi tubuh seterusnya menyihatkan badan.
Pembekaman akan dilakukan di bahagian belakang badan dari bahu hingga ke pinggang.
2) DARAH TINGGI
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah. Penyakit Darah Tinggi/Hypertension mula bertapak apabila bacaan tekanan darah pada seseorang itu berada dalam kedudukan 140/90 mm Hg keatas.Tekanan darah sebegini yang berterusan akan menyebabkan jantung dipaksa berkerja dengan lebih kuat daripada kebiasaannya.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan akan membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Rawatan bekam melibatkan pembekaman disekitar tengkuk, kepala dan bahu
bagi menstabilkan semula tekanan darah yang tinggi, InsyaAllah segala toksid, toksin dan kolestrol akan keluar bersama darah bekam. Pesakit dianjurkan berbekam untuk masalah darah tinggi ini sebulan sekali. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai setelah melakukan 3-4 kali rawatan.
Bekam ini melibatkan pembekaman disekitar punggung dan anggota yang bengkak akibat bengkak gout. Gout berpunca dari kandungan uric acid yang tinggi pada saluran darah InsyaAllah selepas berbekam kawasan yang bengkak tidak sakit lagi kerana uric acid telah keluar bersama darah bekam.
SOALAN : BOLEHKAH BERBEKAM WALAUPUN TIADA PENYAKIT?
JAWAPAN : BOLEH, KERANA MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
Kesimpulannya : Kebanyakan penyakit berpunca daripada kolesterol yang tinggi, asid urik dan toksid yang berlebihan. Oleh itu, tidak perlulah menunggu untuk sisa-sisa ini terkumpul dengan banyak baru nak dibuang. Wallahu a'lam.
No comments:
New comments are not allowed.