Pages

Saturday, April 2, 2016

LAGI KAJIAN SAINTIFIK USM TENTANG BEKAM


Berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) sebelum bekam dimulakan.

Ketakutan bertambah apabila memikirkan jarum menusuk ke kulit dan kesan luka pula divakum untuk mengeluarkan darah kotor yang berada di bawah permukaan kulit, mengalir masuk ke dalam cawan sewaktu proses bekam dijalankan.

Barangkali disebabkan ketakutan tersebut, kaedah rawatan ini dalam masyarakat Malaysia seolah-olah dilihat ‘kurang popular’ meskipun telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.
Kajian ini dilakukan pada Oktober 2011 hingga Februari 2014 di bawah Geran Penyelidikan yang diberikan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.
Tujuan penyelidikan menurut Dr. Ab. Aziz untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial (lapisan dalam salur darah).

Kaedah Kajian
Sebanyak 93 responden berusia antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian, iaitu 62 responden tiada penyakit kronik yang telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Manakala bagi kumpulan diabetes melibatkan 31 peserta.
Bekam klinikal dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan.
Katanya, semua peserta telah menjalani dua sesi berbekam klinikal iaitu pada permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Berdasarkan kedua-dua sesi tersebut penilaian kajian telah dibuat merangkumi permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.
“Kumpulan bekam difokuskan kepada kelompok tidak menghidap diabetes, menunjukkan terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah semasa berpuasa (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal, iaitu serum urea, kreatinin dan asid urik dari permulaan kajian hingga bulan pertama, ketiga dan keempat menunjukkan penurunan.
Serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik (SBP -bacaan tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama.
“Semua profil serum lipid mengandungi pelbagai jenis lemak dalam darah kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat.

“Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea iaitu paras urea dalam darah dan bahan yang menentukan kesihatan buah pinggang. Jika bacaannya lebih daripada 10, itu menandakan buah pinggang tidak sihat. Dan, kreatinin (satu lagi jenis bahan dalam darah yang menentukan kesihatan buah pinggang dan jika bacaannya lebih 600, rawatan dialisis mesti dilakukan) bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan,” kata Dr. Ab. Aziz.

Rumusan Kajian
Penilaian terhadap kumpulan penghidap diabetes pula mendapati, FBS, tekanan darah dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat.
Paras kolesterol peserta bekam secara keseluruhan juga menunjukkan penurunan yang ketara pada bulan ketiga dan ke empat. Bagi serum HDL-C dan LDL-C (kedua-duanya sejenis lemak dalam darah) dan antigen VWF (sama seperti 5), perubahannya dapat dilihat pada bulan keempat.
“Kajian ini mendapati, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan alternatif bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular,” ujar beliau.

Menurut Prof. Dr. Ab Aziz lagi, kajian pihaknya mendapati bekam membantu merawat penyakit lain seperti migrain, sinusitis kronik (resdung), buah pinggang, angin ahmar dan vertigo (penyakit ketidakseimbangan dalam telinga).

Rawatan bekam boleh diambil bersama dengan rawatan perubatan biasa yang diambil oleh pesakit yang dibuat secara berterusan (setiap bulan atau empat bulan sekali) untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.
Pesakit yang menjalani rawatan bekam perlu membuat penilaian penyakit mereka secara berkala (perlu ubahsuai dos ubat atau rawatan yang diambil) sesuai dengan keadaan semasa.

Tiada Kesan Sampingan
Menurut beliau, kebaikan yang amat ketara mengenai rawatan bekam yang diberikan  ialah tidak ada kesan sampingan, tiada risiko jangkitan penyakit atau berlakunya pendarahan yang tidak terkawal.

Sebelum menjalani rawatan, katanya, pesakit hendaklah memastikan tahap kesihatan yang optimum seperti paras darah (Hb) yang mencukupi - tidak terlalu pucat, tidak mengalami keadaan hypoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah) kurang dari 5 mmol/L dan tidak mengambil ubat untuk mencairkan darah seperti cardiprin, atau walfarin.

Katanya lagi, berbekam sebaik-baiknya dilakukan sebelum makan atau sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.
Jurubekam juga perlu dimaklumkan sekiranya menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.
Ini penting supaya jurubekam boleh mengasingkan peralatan yang digunakan oleh pesakit-pesakit tersebut untuk mengelak jangkitan penyakit berbahaya ini kepada orang lain.

Menangani Tanggapan Negatif
Bagaimanapun, untuk menangani stigma negatif segelintir masyarakat bahawa bekam hanya merupakan rawatan alternatif semata-mata, penerangan dalam pelbagai bentuk media perlu dilakukan untuk memberi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan rawatan tersebut.
Jelasnya, pihak media boleh menyalurkan maklumat bahawa berbekam adalah setanding bahkan lebih baik daripada rawatan konvensional, tiada kesan sampingan dan cepat memberi kesan. Ia juga tidak menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit dan tiada risiko yang berbahaya kepada pesakit.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihaknya, Dr. Ab. Aziz berkata, tidak hairanlah berbekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ini kerana bekam merupakan satu kaedah nyah toksik untuk mengeluarkan darah yang mengandungi racun yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu ‘Abbas r.a: Dari Nabi Muhammad SAW: “Kesembuhan dari penyakit itu ada tiga hal: Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu.” (Riwayat Bukhari).

Sumber : Utusan Malaysia (20 Okt 2015)

Damai Bekam, Alam Damai Cheras, KL. 0132431334, 0193149115

SAKIT KEPALA KERANA CUACA PANAS


Anda sakit kepala akibat cuaca panas yang melampau? Hubungi kami segera. Insyaa Allah, bekam dapat membantu anda untuk meredakan kesakitan... Damai Bekam, Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur.  ~ 0132431334,  0193149115

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.
  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :
      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar 
      4.2 Elakkan:
      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas
  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;
    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
               Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan
                               Kementerian Kesihatan Malaysia