Pages

Thursday, May 15, 2014





ASID URIK
Memahami Asid Urik

Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yang dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan yang kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing, tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah pinggang.

Jauhi makanan ini

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda  meningkat. Kurangkan makanan yang banyak mengandungi purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yang kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau.
Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia - menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.





Cegahlah sebelum terlambat... 
  • Kurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purin
  • Amalkan rutin senaman yang kerap
  • Banyakkan minum air
  • Elakkan kafein yang menyebabkan dehidrasi dan seterusnya menyebabkan asid urik menjadi kristal
  • Jika berat badan berlebihan, kurangkan berat untuk mengelakkan keadaan kronik seperti hyperuricemia 
Rujukan - http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003476.htm

Dan yang pasti berbekam juga boleh merawat gout dan mengurangkan kadar asid urik yang berlebihan dalam badan.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Wednesday, May 14, 2014

BEKAM BOLEH MENCEGAH DAN MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI (HYPERTENSI).

KETAHUILAH APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI DAN FAKTOR RISIKONYA.


SALAH ANGGAP:-
- Perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus,
- Berbekam akan menyebabkan darah berkurangan,
- Ketagihan untuk berterusan melakukan bekam,
- Bekam tidak mampu menyembuhkan penyakit t
erutamanya penyakit-penyakit kronik.


FAKTA
Punca penyakit dalam tubuh adalah daripada toksin yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan lemah – tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar.

Toksin perlu dikeluarkan secara perlahan-lahan; darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya

Mengubah Persepsi Rawatan Bekam