Pages

Wednesday, August 28, 2013

SAKIT APA PUN BOLEH BEKAM



Petikan daripada majalah MASTIKA: Seorang Doktor menerangkan bahawa, 

"Sakit apa pun boleh bekam." 


Menurut Dr Ibrahim Burhanuddin MD (klinik Al-Jawad) lebih 80% penyakit boleh disembuhkan daripada berbekam. Bekam sunnah ini juga ada disebut dalam pelbagai buku dan artikel. Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Quran dan Sains juga ada menyentuh tentang kajian-kajian pakar tentang keberkesanan berbekam.




  • Detoksifikasi : Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan. Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.


  • Merangsang pengeluaran zat antibodi :  Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.


  • Merangsang pengeluaran "regenerate hormon" : Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam. Kerosakan ini mendapat tindak-balas tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.


  • Mukjizat perubatan sunnah : Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat. Ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.



Wednesday, August 21, 2013

JAGA JANTUNG ANDA DAN HINDARI TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN AMALAN BERBEKAM





Jagalah kesihatan jantung dan tekanan darah dengan berbekam sekerap mungkin (sebulan sekali). Amalan berbekam boleh menyedut semua darah kotor yang pekat yang tidak diperlukan oleh badan. Darah kotor tersebut boleh menyebabkan saluran darah kita tersumbat yang mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. 

Berbekam dapat melancarkan sistem peredaran darah diseluruh badan serta meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung. Jadi, marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan, InsyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan daripadaNya.

Tuesday, August 20, 2013





Contoh sumber makanan yang mengandungi uric acid yang tinggi adalah seperti makanan laut dan juga daging merah. Jika kandungan uric acid terlalu tinggi didalam darah ia boleh menyebabkan penyakit gout dan juga masalah buah pinggang.  Untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut anda disyorkan berbekam sebulan sekali. Insyaa Allah kandungan uric acid didalam badan anda akan berada ditahap yang minimum dan kesihatan badan pun kekal terpelihara.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat daripada ALLAH S.W.T." (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)