Pages

Tuesday, July 2, 2013

BERBEKAM DI BULAN RAMADHAN





Adakah berbekam membatalkan puasa?

Mari kita teliti dalil tentang bekam dan berpuasa.

Ada 2 pendapat yang berbeza, tetapi kemudian dimantapkan oleh rukhshah (keringanan) oleh Nabi SAW, dan menghapus hadits yang mengatakan bahawa bekam membatalkan puasa.

Berikut hadits pertama bekam membatalkan puasa:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ
“Telah berbuka orang yang berbekam dan orang yang membekamnya.”


Berikut ini hadits yang mengatakan, bekam tidak membatalkan puasa:


احْتَجَمَ رَسُوْلُ الله صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ وَ هُوَ صَائِمٌ
“Rasulullah SAW pernah berbekam sedangkan beliau berpuasa.”
 (HR. Bukhari:1838,1939, Muslim: 1202).


Pendapat yang kuat akhirnya adalah, bekam tidak membatalkan puasa:

Hadits Ibnu Abbas ra. yang menyatakan bahwa Nabi SAW berbekam dalam keadaan puasa adalah me-nasakh (menghapus) hadits yang mengatakan batalnya puasa seorang yang berbekam.

رَخَّصَ رَسُوْلُ الله صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ لِاصَّائِمِ فِي الحِجَامَةِ
“Rasulullah SAW memberi rukhshah (keringanan) bagi orang yang berpuasa untuk berbekam.” (HR. Nasa’i, Daruquthni, Baihaqi)

Berkata Ibnu Hazm rahimahullah: “Perkataan Nabi SAW ‘memberi rukhshah’ tidak lain menunjukkan erti larangan sebelum datangnya rukhshah (sehingga asalnya dilarang, lalu diizinkan).

عَنْ ثَابِتٍ البُنَّانِي قَالَ سُئِلَ أَنَسٌ بْنُ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كُنْتُمْ تَكْرَهُوْنَ الحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ عَلَي عَهْدِ رَسُوْلِ الله صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ؟ قَالَ لاَ إِلَّا مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ
“Dari Tsabit al Bunani beliau berkata: Telah ditanya Anas bin Malik RA: “Apakah kalian (para sahabat) di zaman Rasulullah SAW membenci bekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau menjawab: “Tidak (kami tidak membencinya), kecuali kalau menjadi lemah (kerana bekam).”
(HR. Bukhari)


 Berikut adalah karangan yang saya petik daripada Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin dalam http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. 

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 


Sekian, semoga bermanafaat. 
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini. RAMADHAN MUBARAK