Adakah berbekam membatalkan puasa?
Mari kita teliti dalil tentang bekam dan berpuasa.
Ada 2 pendapat yang berbeza, tetapi
kemudian dimantapkan oleh rukhshah (keringanan) oleh Nabi SAW, dan menghapus
hadits yang mengatakan bahawa bekam membatalkan puasa.
Berikut hadits pertama bekam membatalkan puasa:
أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ
“Telah berbuka orang yang berbekam dan orang yang membekamnya.”
Berikut ini hadits yang mengatakan, bekam tidak membatalkan puasa:
احْتَجَمَ رَسُوْلُ الله صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ وَ هُوَ صَائِمٌ
“Rasulullah SAW pernah berbekam sedangkan beliau
berpuasa.”
(HR. Bukhari:1838,1939, Muslim: 1202).
Pendapat yang kuat akhirnya adalah, bekam tidak membatalkan puasa:
Hadits Ibnu Abbas ra. yang menyatakan bahwa Nabi SAW berbekam dalam keadaan
puasa adalah me-nasakh (menghapus) hadits yang mengatakan batalnya puasa
seorang yang berbekam.
رَخَّصَ رَسُوْلُ الله صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ لِاصَّائِمِ فِي
الحِجَامَةِ
“Rasulullah SAW memberi rukhshah (keringanan) bagi
orang yang berpuasa untuk berbekam.” (HR. Nasa’i, Daruquthni, Baihaqi)
Berkata Ibnu Hazm rahimahullah: “Perkataan Nabi SAW ‘memberi rukhshah’ tidak
lain menunjukkan erti larangan sebelum datangnya rukhshah (sehingga asalnya
dilarang, lalu diizinkan).
عَنْ ثَابِتٍ البُنَّانِي قَالَ سُئِلَ أَنَسٌ بْنُ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ كُنْتُمْ تَكْرَهُوْنَ الحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ عَلَي عَهْدِ رَسُوْلِ الله
صَلَّي الله عَلَيْهِ وَ سَلََّمْ؟ قَالَ لاَ إِلَّا مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ
“Dari Tsabit al Bunani beliau berkata: Telah ditanya Anas bin Malik RA: “Apakah kalian (para sahabat) di zaman Rasulullah SAW membenci bekam bagi orang yang berpuasa?” Beliau
menjawab: “Tidak (kami tidak membencinya), kecuali kalau menjadi lemah (kerana
bekam).”
(HR. Bukhari)
Berikut adalah karangan yang saya petik daripada Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin dalam http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
1) Darah
keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma
darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa
kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka
hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu
wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).
Manakala pandangan pembatalan puasa
dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan
sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith
dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa.
(Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji
Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir
al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali
Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
Sekian, semoga bermanafaat.
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini. RAMADHAN MUBARAK